Thursday, January 16, 2014

aku rindu

Aku rindu.

Rindu pada diri aku yang ketawa tanpa menyembunyikan duka. Aku rindu saat aku tak perlu takutkan apa-apa. Aku rindu saat kerisauan tiada. Aku rindu saat aku boleh dapatkan apa sahaja. Aku rindu tidur yang nyenyak tanpa terjaga di pagi hari dan menangis sampai sakit kepala. Aku rindu saat kasih berputik dan berkembang menjadi taman bunga. Aku rindu waktu dimana malam orang yang tersayang sentiasa disamping aku. Aku rindu merenung dengan perasaan cinta. Aku rindu untuk percaya bahawa ia sentiasa ada. Aku rindu berjalan dengan yakin dan pasti. Aku rindu untuk merancang dan akhirnya menjadi. Aku rindu untuk berterbang membelah awan tinggi. Aku rindu keikhlasan senyum sendiri.

Aku rindu saat aku boleh berkata;

"Aku bahagia," 

lots of ♥