Thursday, February 23, 2012

aku = bintang

entry kalini agak jiwang kot. ntah dari mana aku terdetik nak taip bnde ni. tulis gune hati, bukan lagi akal. sila faham. INI ADALAH ENTRY UMUM. takde kene mengena dgn kamu, kamu dan kamu. :) thanks for reading syg.


jika diberi peluang untuk aku pilih sama ada aku nak jadi matahari, bulan, langit or bintang. aku lebih memilih bintang. kerna, bintang itu selalu ada di dada langit. siapakah yang menjadi langit disitu? tettt~ sila tampil kehadapan *senyum smbil angkat kening. ada berani? hewhewhew. aku tahu. bintang tu beribu. tapi alangkah indah nya jika aku dapat menjadi salah satu daripada ribuan bintang yang berkelipan di dada langit yang terbentang luas. yup. langit sememangnya luas. langit ibarat rindu yang takdapat kita nak tafsirkan bnyak mane rindu kita terhadap seseorang. bintang.. pabila cahaya nya makin malap, manusia tidak akan sedar. kerna ribuan bintang yang bersinar menemani mereka. aku mahu jadi bintang di dada langit kerna. jika semalap mana pon aku, ribuan cahaya akan bersinar seperti aku sentiasa dengan mu. aku ingin menjadi bintang di hati mu juga. walaupun aku harus berlawan dengan ribuan bintang yang lain untuk mencuri hatimu. walaupon aku tak mampu. cukup hanya aku menemani mu saat kamu kecewa atau kesunyian. cukup dengan menemani mu. itu sudah memadai bagiku. jika kamu bahagia, pergi lahh ke bintang hati mu yang lain kerna, bintang itu lebih bersinar. cukup dgn aku memerhatikan mu dari jauh. walau sejauh mana engkau pergi, serindu mana pon aku terhadap kau. biar aku yang tahu. 


aku tidak memilih untuk menjadi matahari kerna, kamu pasti membenci ku. katamu, cahaya ku akan membakar kulitmu. tapi seandai nya aku adalah mentari, aku sangat bersyukur kerna Allah menjadikan ku sebagai pusat alam. aku juga tidak akan memilih untuk menjadi bulan, kerna kamu akan memuja ku, memandang ku tatkala kamu merindui bintang di dada hati mu. dan, kamu juga meminta aku menyampaikan rindumu kepada nya. itu akan menyakitkan hati ku. alangkah indahnya jika kamu merindui kasihnya Allah di saat matamu memandangku. tapi aku tetap bersyukur jika menjadi sang bulan. aku mampu menyinari malam mu saat mentari beradu. aku juga mampu menyinari kegelapan mu yang bertaqwa untuk sujud kepada Allah. memandang ku dengan penuh teruja. teruja dengan kekuasaan Allah. aku juga tidak memilih untuk menjadi langit. kerna, langit itu luas. walaupun syg ku seluas langit itu. rindu ku seluas langit, tetapi adakah kamu akan mempercayaiku, membahagiakanku dan selalu ada dengan ku saat aku memerlukan teman tempat ku menangis dan ketawa. walaupun langit tak selalunya cerah. tapi pabila sekali ia mendung, adakah kamu tetap bersama ku? alangkah indahnya jika kamu menghargaiku. tidak mensia-siakan peluang yang ada. lalu, menadah kedua belah tangan dan memohon pada yang maha kuasa. kuatkan lah imanmu.


ya, dulu penah mengatakan, jika rindu, pandang lah langit, kerna langit ada selalu disamping ku. ada benarnya. aku tahu seluas itu kamu merindui ku. terharu pabila ku mendengarnya. aku mmg seorang yang lembut hatinya. walaupun pada zahirnya aku kelihatan lasak.  tapi aku hanya lah peneman dikala kamu kesunyian. haha. aku mencari dimana silap ku. jika aku tidak dapat menjadi bidadari dihatimu, cukup jika aku menjadi salah satu daripada ribuan bintang yang ada dihati mu. 



lots of ♥